Analisis Nilai-Nilai Dalam Organisasi
Catatkan nilai-nilai utama yang terdapat dalam organisasi anda pada ruangan berikut:
Bil. Nilai Keterangan
1. Kualiti Pelanggan adalah diutamakan,Perkhidmatan yang berkualiti
Penilaian Nilai Personal Anda Dalam Organisasi
Arahan:Buat satu susunan nilai-nilai personal dalam satu susunan mengikut keutamaan di mana nombor 1 adalah menunjukkan keutamaan utama dan nombor 18 adalah keutamaan yang terendah
Langkah Tindakan
Pilih 10 sifat keutamaan teratas pada setiap ahli pasukan dan rekodkan pada kertas putih/papan putih bersama jumlah skor undian untuk nilai tersebut.
Susunkan setiap faktor mengikut jumlah skornya keutamaannya.
Adakah terdapat banyak nilai-nilai yang dikongsi bersama dari perbezannya?
Apa yang saya nilai dalam organisasi saya bekerja adalah organisasi yang utamakan nilai-nilai berikut:
Pilihan Keutamannya Nilai-nilai Pencapaian: sumbangan yang bermakna kepada organisasi dan masyarakat.
Keseimbangan: keperluan organisasi dan individu.
Kecantikan: nilai estetika seperti taman, reka bentuk pejabat dan bangunan dan persekitaran kerja.
Penyayang: perasaan orang diutamakan, kesihatan dan perhubungan baik
Selesa: Fizikal dan hubungan sesama ahli organisasi
Adil dan saksama: menyediakan peluang kepada semua orang
Kebebasan: ahli boleh membuat pilihan dan menyatakan pendapat secara bebas dan terlibat dalam membuat keputusan organisasi.
Menunaikan janji: rasa bertanggungjawab memenuhi dan memberi sumbangan kepada organisasi dan masyarakat
Harmoni: perhubungan yang harmoni, penting kepada penyelesaian masalah dari menyalahkan orang lain.
Humanistik: penting kepada perhubungan kemanusiaan
Integrasi: Perhubungan yang sepadu dan rasa Satu
Bermatlamat: mempunyai wawasan, matlamat, hala tuju yang jelas.
Spontan: bertindak balas kepada keperluan, fleksibel, terbuka kepada perubahan baru dan idea-idea baru untuk organisasi
Selamat: kuat sebagai tempat berlindung tanpa rasa bimbang
Penyokong: ketua dan ahli saling memberi sokongan antara satu sama lain
Kejayaan dan keberkesanan: pemimpin dan ahli yang mempunyai rekod perkhidmatan dan pencapaian yang cemerlang
Rumah mesra: mesra, “friendly”, riang dan keseronokan bekerja dan dalam perhubungan khususnya terhadap pelanggan
Berstruktur: bekerja dengan satu set polisi, peraturan dan prosedur yang jelas.
Formula Analisis Nilai Organisasi
PR = JP x Ko x Pe x Ni (Kk x Ga)
PR: Prestasi
JP: Jelas peranan (sejauh manakah setiap orang jelas dan ketahui apakah yang sepatutnya mereka lakukan)
Ko: Kompetensi: (Adakah setiap orang mempunyai pengetahuan dan kemahiran untuk melakukan apa yang diharapkan daripada mereka?) (masa kini dan masa depan)
Pe: Persekitaran: (Adakah terdapat tempat kerja – fizikal, peralatan, faktor kumpulan, struktur organisasi, budaya kualiti yang kondusif untuk melakukan apa yang diperlukan?)
Ni: Nilai: (Adakah semua orang secara umumnya menerima apa yang diminta mereka lakukan dan apa yang dilakukan oleh organisasi tidak salah?)
Kk: kesesuaian kedudukan: (adakah secara umumnya semua orang berada pada kerja yang mereka suka?) (Darjah kepuasan kerja)
Ga: Ganjaran: (Adakah ganjaran bersesuaian dengan apa yang dijangkakan, terhadap prestasi atau hasil kerja, memotivasikan setiap individu, dan keperluannya untuk maklum balas?) (sama ada secara ekplisit dan Intrinsik).
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment